Perkumpulan Seni harus di lihat sebagai institusi yang mendokumentasikan budaya, sejarah dan tamadun melayu Singapura. Sejak zaman pemerintahan Raffles lagi, Singapura telah di kenali sebagai pusat serantau pengembangan sastera melayu moden.
Sesuai dengan kedudukan Singapura sebagai pusat persinggahan dunia, sastera melayu harus berkembang maju sealiran dengan wawasan pemerintah untuk menjadikan tanahair kita sebagai pusat seni dunia.
Lukisan adalah satu percikan perasaan yang dilahirkan menerusi warna-warna sebagai lambang abstrak tentang diri seorang individu. Satu lagi titian hubungan komunikasi manusia yang mempunyai kekuatannya yang tersendiri Melalui lukisan, manusia dapat mengimbau masa-masa lalunya bersandarkan budaya dan warisannya sealiran dengan warna-warna yang terpalit dalam bentuk sesuatu lukisan.
Masyarakat seni setempat dan luar negara dapat mempelajari nilai-nilai resam dan budaya sesuatu bangsa dan masyarakat melalui seni lukisan. Wadah ini harus dipupuk sebagai kesinambungan untuk generasi pelukis kita di masa hadapan.
Aktiviti Sastera & Buku-buku terbitan Perkumpulan Seni.