| BENGKEL LAKONAN PS 2008 |
| March & June 2008 |
| |
Bengkel Lakonan PS (Remaja)
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Unit Drama PS telah mengadakan bengkel lakonan pada Mar 2008 dengan hasrat untuk mencungkil bakat-bakat setempat terutama sekali dari golongan belia. Bengkel lakonan selama tiga bulan ini di adakan di Kelab Masyarakat Cairnhill dan disertai seramai 28 peserta. Walaupun kami mengharapkan peserta dari golongan belia, namun ada juga peserta yang telah pun menjangkau usia 54 tahun turut serta mengikuti bengkel lakonan ini. Peserta termuda berusia 12 tahun.
PELUANG
Bengkel ini telah dikendalikan oleh pelatih tetap kami, Sdra Jasmani Basri dengan dibantu para pelatih muda PS seperti Boy, Zxa, Jas, Ros, Izam dan Nisa. Para pelatih muda ini dipilih dari bengkel lakonan yang lalu berdasarkan kredibiliti dan pengalaman mereka.
Begitulah hasrat PS bukan sahaja bertujuan memupuk dan mengembangkan bakat yang ada pada setiap individu tetapi ingin memberi memberi peluang kepada mereka yang mahu berkarya demi memperjuangkan seni.
KARENA
Walaupun peserta bengkel pada kali ini terdiri dari berbilang latar belakang dan usia, namun kelebihan yang ada pada mereka telah dapat dimanfaatkan oleh Sdra Jasmani Basri dan para pembantunya.
“Lebih banyak kerenah, maka lebih banyaklah pengalaman yang kami timba”, ujar Sdri Ros, seorang aktivis seni yang telah 13 tahun bersama PS.
“Lakonan yang di luahkan secara langsung mahupun di sengajakan atau tidak, samada positif mahu pun negatif, ia adalah satu interaksi yang membolehkan kami belajar di antara satu sama lain”, jelas Sdri Zxa-Zxa yang akur dengan pandangan para pelatih yang lain.
Di sinilah peranan dan tanggongjawab para pelatih muda PS yang bukan sahaja bertindak sebagai pembantu tetapi mereka juga menjadi mata untuk menyaring para peserta baru yang berbakat besar untuk disalurkan ke Production House atau ke Mediacorp jika di perlukan.
Bengkel Lakonan PS (Kanak-Kanak)
Perkumpulan Seni (PS) telah mengadakan bengkel lakonan kanak-kanak pada bulan Jun 2008. Bengkel ini khusus untuk kanak-kanak yang di bawah usia 12 tahun. Ia diadakan selama 4 minggu sempena cuti sekolah penggal pertengahan di Kelab Masyarakat Cairnhill yang bermula dari jam 8.00 malam setiap hari Jumaat.
SIRIUS
Bengkel di kendalikan oleh dua pelatih muda PS yang arif tentang perihal kanak-kanak - Sdri Nisa seorang guru dan Sdri Zxa-Zxa seorang pelakon tv, radio & pentas serta juga seorang pengetua yang mempunyai ijazah Bachelor of Education dalam bidang pembesaran kanak-kanak.
Ia dibantu oleh aktivis seni PS -Sdri Tuty dan Sdri Rosmah. Panel pemerhati terdiri dari Sdra Jasmani Basri -pelakon lelaki terbaik Anugerah 2005, Sdra Ihsan Ali - pelakon mapan dan Sdra Samsudin Said - penulis skrip tv, radio dan pentas. Dengan barisan pelatih dan pembantu yang berpengalaman, jelas PS memandang sirius di dalam menjana seni untuk rakyat.
[click each thumbnail for enlarge version]
|
|
| |