Home Event Calendar Dance Unit Drama & Music Unit Literature Unit Recreation Unit Gallery Contact Us
 
 
   
SITKOM "KOPERAT AYAM"
17 & 18 August at Malay Heritage Centre
 




Karya: Samsudin Said

Sinopsis

ENCIK PUNGUT, 46 tahun, seorang peniaga yang mengendalikan perniagaan ayam, menghadapi cabaran menguruskan syarikatnya angkara kegawatan ekonomi. ENCIK PUNGUT sedar akan risiko yang bakal dihadapinya sekiranya dia gagal memulihkan urusan pentadbiran syarikatnya. Kesannya akan mengakibatkan ENCIK PUNGUT harus gulung tikar perniagaannya.

Seorang pelabur asing yg berbangsa inggeris, JOHN CHICKADOODLE berminat untuk melabur di dalam syarikat ENCIK PUNGUT. Namun JOHN mempunyai syarat-syaratnya yang tidak menentu. Di sinilah bermula keributan di dalam syarikat di mana ENCIK PUNGUT ada masanya terpaksa bertegang urat dengan JOHN kerana campurtangan JOHN di dalam urusan pentadbiran syarikatnya.

Gelombang keributan yang melanda SYARIKAT AYAM KLUK KLUK milik ENCIK PUNGUT diburukkan lagi oleh telatah orang-orang di sekitar hidup ENCIK PUNGUT. MAK EYAM, 40 tahun, isteri ENCIK PUNGUT yang ‘protective’ sering mengadakan spotcheck di pejabat suaminya membuatkan ENCIK PUNGUT kadangkala hilang pertimbangan. Anak perempuannya, JULIZA, terlalu sensitive dengan bau ayam. Mudah bersin dan sering merungut setiapkali berkunjung ke pejabat ayahnya.

Telatah anak-anak buahnya yang lain tidak kurang memeningkan kepala ENCIK PUNGUT. JOHAN, awal 30an tahun, seorang pegawai pemasaran, terkenal dengan gelaran JOE WING kerana sikap dan gelagatnya memuja penyanyi rok kumpulan muzik ‘WING’. Orangnya suka bergaya tetapi mudah gugup apabila menerima tekanan.

RAMLAH, seorang sekretari/penyambut tamu, berusia 20an tahun, berbadan gempal, serba boleh tetapi suka berdandan. Sering memuji diri sendiri (syok sendiri) hingga kadangkala lupa akan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

CHAKARMANIYAM, seorang penghantar kiriman berbangsa India yang berusia lewat 30an. Suka curi tulang tetapi pintar mencari helah apabila berurusan dengan pelanggan.

Gelagat adik ipar ENCIK PUNGUT, AHMARI, 50 tahun, seorang pemungut bil syarikat yang suka berkhayal dan bercita-cita tinggi untuk menjadi bos memburukkan lagi keadaan.

Bagaimanakah ENCIK PUNGUT mengharungi cabaran yang merumitkan? Inilah yang memerlukan penyelesaian.

[click each thumbnail for enlarge version]

 
   
 
 
 
 
 
 
Design by Fat Apple Studios